.

Thursday, September 14, 2017

PANDUAN BIDAAN DI CHILINDO MALAYSIA

Mari kita pakat ramai-ramai membida di chilindo.

Tetapi mari kita untung sama-sama, jika barang bidaan sudah melepasi RM10 mari kita beri laluan kepada pembida terakhir untuk memilikinya.

Kalau tuan puan membida sudah melebihi RM10 pun dengan kos penghantaran contohnya RM8 pun sudah RM18 dan wajib beli juga, tak boleh delete. Manatau kan dapat bida barang ratusan ringgit dengan harga rendah, tetapi yang sudah berjaya dibida sudah tentu kene bayar juga.

http://www.chilindo.com/my/

Oleh itu, marilah kita pakat ramai2 untuk guna kaedah seperti di atas. Beri laluan kepada yang bertuah.

Sunday, April 2, 2017

PERUBATAN SUNNAH/ SUNNAH MEDICINE

Tulisan ini hanyalah pendapat dan pengalaman penulis dalam mempraktikkan pengamalan perubatan sunnah (sunnah medicine) semasa merawat diri dan keluarga. Tanpa mengabaikan kepentingan merujuk kepada perubatan moden di klinik mahupun di hospital untuk khidmat nasihat dan diagnos penyakit.

Minyak Zaitun
Habbatus Sauda
Air
Gula & Garam

- Kulit beruam. Ruam susu. Sapu dengan minyak zaitun dan diberi makan.

- Pengata. Kulit merah dan gatal-gatal. Sapu minyak zaitun, mengikut pengalaman saya, selepas 2 jam ia sudah sembuh.

- Demam biasa dan pening-pening. Makan minyak habbatus sauda dan minum air. Setelah satu malam dan sudah buang air besar, demam dan pening-pening mula kebah dan mulai bertenaga.

- Jika lemah, perlu diusahakan untuk minum air manis untuk meningkatkan gula dalam darah dengan cepat.

- Jika hypo, iaitu gula dalam badan rendah. Usahakan minum air manis.

- Jika muntah-muntah. Usahakan untuk menambah air dalam badan supaya seimbang semula dengan minum air banyak (mengikut kadar yang berpatutan). Elakkan badan mengalami dehidrasi iaitu air kurang dalam badan. Minum air garam (tak perlu pekat sangat) untuk mengembalikan jumlah garam dalam badan yang berkurangan.

-Anak demam. Antara usaha yang dilakukan ialah menjaga suhu badan anak dengan sentiasa memeriksa suhu badan dan keadaan anak. Usahakan supaya anak dapat buang air besar supaya penyakit dan panas badan keluar melalui najis. Beri makan habbatus sauda dengan kerap. Selang 2 jam beri habbatu sauda kepada anak dan jika anak masih menyusu, beri juga kepada ibu.

- Batuk berbulan-bulan tidak sembuh. Makan minyak habbatus sauda setiap hari sebelum tidur (malam) dan bangun tidur (pagi).

- Kaedah rawatan berasaskan air. Jika berminat sila hubungi saya segera. Ianya berkesan membantu pesakit:
masalah jantung,
kaki bengkak,
paru-paru berair,
semput atau lelah,


..................

Kajian Kes: Fasa bulan dan kesannya kepada kesihatan manusia

Kajian Kes: Perubahan pattern taburan hujan mengikut kalender qomari memberi kesan yang berbeza kepada kesihatan manusia.

Kajian Kes: Penyakit batuk dapat dikurangkan dengan perbanyakkan sujud




Tuesday, November 15, 2016

MENGAPA CN TOWER TORONTO BERSELINDUNG DI SEBALIK AIR TASIK ONTARIO?

Artikel ini akan menerangkan mengapa 184 meter menara CN di Toronto, Kanada berselindung di sebalik air Tasik Ontario?

Ada video dan gambar yang claim menara CN di Toronto berselindung di sebalik air tasik ontario.

Persoalan yang diberi:

1. Di mana bangunan rendah di bawah?

2. Di mana lagi 184 meter menara CN toronto hilang?

3. Menara atau bangunan tenggelam atau berada di sebalik air?

4. Bangunan tu pada satu kedudukan tetap kenapa vanish partial sahaja?

Perbincangan:

Bahagian menara adalah terlindung disebalik garis horizon, namun bukan disebabkan lengkungan (curvature) bumi sfera. Bahagian menara yang terlindung berada di sebalik air. Air itu sifatnya datar pada permukaan.

Konsepnya ialah:

Dalam perspektif ada objek akan semakin mengecil sehingga hilang dari pandangan (vanishing point). Objek yang sangat panjang dan lurus seperti jalan raya atau rel keretapi, ia akan mengecil sehingga kiri dan kanan serta menaik terus ke hadapan menjadi titik di garis ufuk. Untuk objek menjauh yang mempunyai ketinggian pula, semakin jauh akan semakin rendah dan akhirnya menjadi titik lalu masuk ke vanishing pointnya di garis ufuk.

Objek di bumi yang lebih rendah menemui titik vanishing lebih awal berbanding objek yang lebih tinggi. Namun, untuk objek yang lebih tinggi seperti Menara CN (iaitu berketinggian 553.33 meter), ia akan terlindung disebalik garis ufuk pada jarak 62km. 

CN Tower, Toronto Kanada masih lagi kelihatan dari jarak 62km iaitu dari Olcott, Amerika Syarikat. Gambar diambil perlu mengambil kira keadaan kualiti udara samada berjerebu ataupun humidity dan juga cahayanya. Gambar yang diambil dari Olcott adalah gambar yang di zoom oleh kamera DSLR. Kita dapat restore objek yang dikatakan objek yang dah vanish atau hilang. Restore balik objek hilang itu dengan visual aid (contohnya telescope, binocular, teropong dan sebagainya). 

Namun, ada bahagian yang terhalang dibelakang garis ufuk. Mengapa fenomena ini berlaku?

Menara CN di Toronto Kanada terlindung oleh garis ufuk dan terlindung bukan disebabkan Curvature of Earth.

Ia sebenarnya disebabkan indeks batas penglihatan manusia. 

Penerangan: 
Jika kita lihat ke hadapan, fenomena daratan menaik dan langit menurun lalu bertemu di garis ufuk. 


Lihat pula ke hadapan akan dapat lihat bahagian atas (atas 'kepala') objek yg lebih rendah daripada pemerhati. Namun apabila sudah jauh pada jarak, bahagian atas obejek rendah tadi tidak dapat dilihat. yang tinggal hanya bahagian sisi sahaja. hasilnya akan dapat lihat objek jauh semakin menaik.
Garis ufuk/ horizon pula sentiasa berada pada aras mata. pandangan ke hadapan pemerhati sentiasa akan dapat lihat garis ufuk di hadapan dan separas mata. Walau berapa tinggi pemerhati naik akan didapati garis ufuk sentiasa di hadapan.


Mengapa objek jauh yang tinggi terhalang oleh garis horizon?

Ini kerana  pandangan pemerhati sudah terhalang oleh objek yg lebih kecil dan rendah yg sudah masuk ke vanishing pointnya (menjadi titik) lebih awal disebabkan jarak. ibaratnya, objek yg lebih rendah dan jauh sudah menghalang penglihatan manusia atau objek kecil atau lebih rendah sudah lebih tinggi berbanding ketinggian pemerhati. perkara ini berlaku disebabkan batas penglihatan manusia berbanding tinggi pemerhati. bagi kes menara CN, untuk melihat bahagian yg terlindung oleh garis ufuk, pemerhati perlu naik ke tempat yang lebih tinggi berbanding tinggi objek yang dilihat. 

Bagi kes matahari terbenam pula, jika pemerhati naik ke tempat tinggi untuk melihat matahari yang sudah terbenam disebabkan terlindung oleh garis ufuk, contohnya naik kapal terbang. ia masih belum mengatasi:

1. jarak matahari kepada pemerhati (9055.7 km, berdasarkan pengiraan segi empat dalam bulatan orbital plane matahari ukur keliling 40233.50 km)


2. dan ketinggian matahari iaitu 4828.02km.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...