.

CATATAN IJTIMA' & JORD

1. Biruni (usaha keluar / berada di jalan Allah)
2. Maqomi (amal tempatan di Masjid sendiri)

Dua keadaan: Muhajirin & Ansor.
..................................................

KEPENTINGAN AGAMA.

- Agama adalah sumber kejayaan dunia dan akhirat. Kejayaan manusia dunia akhirat hanya dalam agama.

- Agama adalah perintah Allah cara nabi dilaksanakan dengan ikhlas.

- Tanggungjawab terhadap agama:
1. Belajar.
2. Faham.
3. Amal.
4. Sebarkan.

..................................................

USAHA AGAMA, USAHA NABI, USAHA NUBUWWAH, USAHA DAKWAH

- Setiap ummat bertanggungjawab kepada seluruh alam, seluruh alam bertanggungjawab terhadap seluruh ummat dan Allah akan tanya apa yang kamu telah buat untuk usaha agama. Ketika agama dipijak, dihina, ditendang, diinjak-injak, dimaki, dicerca, diusir dan jenazah sunnah nabi dibawa keluar dari rumah. Apa yang kamu buat?

- Nabi buat usaha, sehingga anak diceraikan, isteri difitnah, keluarga nabi berlapar.

- Ditanya, apa ujian nabi yang paling berat? Nabi masih rasa kesakitan ketika di thaif. Sejauh 3 batu / 7 km nabi dihujani dengan batu. Kiri kanan orang baling batu, sehingga tak sanggup jalan, diangkat dan disuruh berjalan juga ditendang.

- Nabi telah sampaikan agama dan telah tunaikan hak menyampaikan agama.

- Sahabat juga berniaga, berkebun, bekerja, tapi fikir seluruh alam untuk sampaikan agama.

- Sahabat faham tinggal di madinah boleh hari-hari ziarah nabi, amalan juga digandakan pahala, tempat mustajab doa. Kalau sahabat buat macam kita buat terhadap usaha agama, sekarang ni tak tahu orang Malaysia sembah apa. Kita perlu jadikan usaha agama sebagai maksud hidup, bukan part time, kadang-kadang buat. Tak tahu bila usaha akan maju.

- Tak ada kemampuan? Kalau orang tak beriman Allah bagi makan, takkan orang buat usaha agama Allah tak mampu. Jangan pandang rendah kepada usaha agama. Polis atau tentera yang baru dilantik akan diberi latihan, kelengkapan uniform pakaian, makanan dan tempat tinggal. Orang buat usaha agama?

- Bantuan Allah untuk orang yang bantu agama Allah. Allah jadikan mahkota dunia, disanjung, dimuliakan oleh seluruh dunia, doa diterima seperti doa-doa nabi bani israel. Jika tidak buat dakwah, Allah naikkan pemerintah yang zalim, akan dicincang/ potong seperti sayur.

- Jika dizahirkan pahala, hati pecah kita semua mati.

- Kerja agama, bayi dalam kandungan pun dapat kebaikan.

- Sangat beruntung, ketika nabi tiada mereka sambung kerja nabi dan jadikan maksud hidup mereka.

- Nikmat dunia semua orang dapat walaupun beriman atau tidak ada iman, solat atau tidak solat, buat usaha agama atau tak peduli agama sebab dunia tiada nilai tak lebih dari sebelah kepak nyamuk, seteguk air pun tak kan dapat minum.

- Allah nak bagi kebaikan Allah bagi usaha agama. Allah sayang kita Allah sibukkan kita dengan usaha agama.

- bertuah orang yg jadi kunci kebaikan

- Allah tak ambil kerja daripada orang yang tidak mahu. Ramai kata usaha ini baik, ratusan juta orang kembali mengamalkan agama, tapi jika tidak bersama dia tidak bersama usaha nabi. Dalam hati kita perlu ada perasaan sangat berhajat dengan usaha agama, barulah Allah akan ambil kerja daripada dia.

- Tanya kenapa tak buat usaha. Sibuk? Kalau kita ingat usaha ini untuk orang yang tak ada kerja? Telah merendahkan usaha agama. Siapa yang kata tak buat usaha sebab sibuk, dia telah merendah-rendahkan nilai usaha agama.
Allah tak berhajat kepada apa-apa pun, buat usaha atau tak buat usaha, sikit pun tak ada kesan kepada Allah. Dia rasa tinggalkan usaha, tapi sebenarnya usaha agama yang telah tinggalkan dia.

- Usaha untuk islah diri. Dakwah sebenarnya untuk diri sendiri.

- Nabi buat usaha agama lalu ditawarkan: harta (jadi orang yang paling kaya), kekuasaan (buat keputusan dalam mesyuarat), wanita, sakit gila (carikan tabib paling hebat). Maka jawapannya: kalau mampu bawa bulan dan matahari sekalipun aku tidak akan tinggalkan usaha. Abu thalib pun bagitau keputusannya, jika nabi nak buat usaha, buatlah, aku tidak halang, aku tak bersama nabi dan tak sanggup bermusuhan dengan kabilah-kabilah lain dan malu dengan orang quraisy. Saat hampir  kematiannya, nabi minta abu thalib bisik pun tak apa, nabi akan jadi saksi di akhirat nanti. Abu thalib takut nanti dia mati perempuan quraisy akan bacakan syair-syair yang menyatakan abu thalib takutkan neraka, maka dia mati dalam agama nenek moyangnya. Walaupun orang yang paling dekat dengan nabi, tapi tidak bersama nabi, di akhirat paling jauh dengan nabi. Walaupun tiada kaitan, bukan kerabat, datang dari kaum lain, tempat lain, di akhirat menjadi orang yang paling dekat dengan nabi. Bilal, Arrumi (Rom) dan lain-lain sahabat.

- Kene buat pengorbanan, baru Allah bantu.

- Nabi doa Ya Allah bantulah siapa yang bantu agama, jangan bantu siapa yang tak bantu agama.

..................................................

USAHA MEMAKMURKAN MASJID

- Amalan yang sama sahabat nabi buat di Madinah. ini bukan amalan baru, sebenarnya kita yg baru dengan amal ini.

- Semua masa selain cari rezeki halal adalah untuk dakwah.

- Jika kita nak beri sesuatu kepada orang lain sedangkan kita tidak memiliki, maka sukar untuk orang lain terkesan atas dakwah kita. Bagaimana nak beri pen kalau kita tidak memiliki pen.

- Pelajar kita sebenarnya mengambil: ilmu, ibadat, akhlak,
..................................................

TEKNIKAL KERJA

- Habis keperluan cari rezeki halal, bagilah masa untuk usaha agama. Kita bagi masa sepenuhnya untuk agama setelah selesai keperluan. Sahabat faham perkara ini.

- Kalau kerja 2 jam setengah sahaja orang pelik. Khususi, jumpa tuan kedai, dakwah, taskil dan minta 2 jam setengah dia jerit, haaa?!! Kenapa? Tuan kedai ini sakit, kalau bagi masakan baryani, tak boleh rasa sedap makanan tu. Tanya, tuan bagi masa untuk kedai berapa jam? 15 jam

- Sahabat buat usaha tak terikat masa. Cari rezeki yang halal. Jadikan dakwah maksud hidup.
Mengapa mereka bagi masa banyak? Hayatus Sahabah, Jiran ada kambing, gilir-gilir jaga, selepas balik ajar sahabat yang tak pergi, 12 jam usaha agama, setengah hari keperluan, selepas itu usaha agama sehingga tengah malam. Kenapa tak dapat bagi masa? Abu hurairah kerja dapat 17 biji kurma, bagi sahabat makan, selepas itu 25 tahun tak habis.

- Susah nak buat amal sebab tiada keyakinan. Siapa yang akan buat usaha adalah orang yang yakin.

- Buat usaha dengan kasih sayang.

- Kelemahan kita adalah tak jumpa semua. Ada jemaah dari india datang buat gash, jumpa orang, tanya, ada tak orang jumpa dia bagitau perkara agama dan usaha agama macam ni sebelum ini? Tak ada walaupun sudah berpuluh tahun tinggal di sini.

- Buat dakwah, iman meningkat, ada kekuatan amal sunnah, berjaya.

- Setiap dua tahun ke negara jauh.

- Kejutkan, jangan malu. Zikir SubahanaAllah.

-
..................................................
MARKAS
- datang untuk bawa hasil dan ambil takaza
..................................................

5 AMAL MASJID

- bukan setakat saya bercakap berkenaan 5 amal, adakah saya terlibat dengannya

- Di belakang 5 amal Allah simpan hidayat. Amalan hidayat. Buat kerja (usahakan 5 amal) dapat hidayat.

- Kejayaan kita adalah ke belakang, ikut cara nabi.

- Sempurnakan Dakwah, Taklim, Ibadat, Khidmat = hidayah akan datang, sahabat telah sempurnakan dan dapat tarbiyah. Sudah dapat kejayaan.

- Buat sungguh-sungguh 5 amal selama 6 bulan Allah akan ubah kampung.

- Sendiri kene buat 5 amal.

- Mesyuarat/ fikir harian. Paling banyak mesyuarat adalah nabi. Gunakan kekuatan fikir risau bagaimana agama dapat datang dalam diri dan seluruh alam.

- Taklim: Dengar hadith nabi, 1 hari baca fadhilat amal, muntakhab, fadhilat sedekah. Tunjukkan cara, kalau tuan tak ada kami pasti akan baca juga.

..................................................

IJTIMAEI AMAL

1. Tunaikan hak majlis.
2. Hanya satu amal sahaja.
3. Amal pahalanya seluas lautan.

..................................................
IJTIMAK & JORD
- datang secara halqah, jamgan datang secara individu
- sesama kita boleh taskil
- kuatkan marhalah, halqah, kelompok, markas
..................................................

KARKUZARI

- Perlu hantar 18000 jemaah ke 18000 pulau di indonesia kita belum mampu lagi.

- Allah bagi sifat yang banyak, mudahkan pergi negara-negara lain tanpa visa.

- Burung hud-hud bagi laporan yang betul, satu negeri masuk Islam.

..................................................

USAHA MASTURAT (WANITA)

- untuk cepat usaha maju, hidupkan taklim dan terima jemaah masturat
..................................................

USAHA ULAMA

- Sering datang ziarah jumpa ulama. Bawa hadiah. Buat hubungan dengan mereka. Muliakan ulama. Tugas mereka juga sebahagian daripada juzuk agama.

- Libatkan mereka dalam usaha agama. Ibarat lampu yang menyuluh jalan.

- Semua ehwal tanya alim ulama. Di syurga nanti akan tanya alim ulama, apa lagi nak minta nikmat daripada Allah. Maksud ilmu, nak tahu apa kehendak Allah dan apa kene buat.

- Sediakan mereka untuk keluar dijalan Allah. Jika orang alim bergerak, seluruh alam akan bergerak. Jemaah paling sempurna ada qori, alim ulama, orang muda orang tua. Ulama bergerak macam awan dan kejap jadi telaga.

..................................................

BAYAN HIDAYAH

..................................................

TASKIL

- Jumpa orang tak sedia, masa itu juga dakwah kebesaran Allah dan tanya bila sedia.

- Jumpa dan dakwah, taskil 4 bulan ipb, tak sedia, 4 bulan dalam negeri. Tak sedia juga 40 hari. Paling kurang 3 hari. Bagitau tiap-tiap minggu ada keluar. Sediakan anak.

- Jumpa orang ada masalah hutang. Bagitau penyelesaiannya di Masjid. Penyelesaian masalah dunia dan akhirat. Orang datang ke Masjid tenang, kerehatan, rahmat, masuk syurga tanpa hisab, jadi jiran-jiran Allah yang memakmurkan Masjid, dapat keredhaan Allah.

- Kalau tak solat berjemaah, syaitan akan menguasai.

- Kita datang dengan pelbagai niat, sekarang apa yang Allah letak dalam hati kita itu amanah.

- Bangun dan beranikan diri untuk bagi nama keluar di jalan Allah. Paling kurang kita sediakan orang kiri dan kanan kita. Gosok bahu mereka sebelum mereka buat. Jangan berdamai.

- Beranikan diri ambil tanggungjawab.

- Bersedia keluar bila-bila masa, di mana-mana, dengan siapa sahaja, walaupun tidak ada duit minta dengan Allah.

- Paling kurang kita bawa jemaah sendiri.

- Siapa belum tunai nisab tahun ini.

- Tiada persiapan, tiada cuti, ada keinginan. Siapa yang Allah terima dia akan keluar. Allah akan ubah.

- Satu pergerakan sahaja. 3 purnama/ 2 bulan tiada makanan, 3 minit sabar.

- Dalam hati ada keinginan, sempurnakan dengan bangun zahirkan.

- Jumpa jemaah taskil.

- Sarapan pagi di padang mahsyar, makan hati sebesar gunung, tidak akan lapar selama-lamanya.

- Paling kurang sediakan satu orang bawa jumpa jemaah taskil.
..................................................

HIDUP SEDERHANA/ AKHIRAT/ HAMBA

- Ahli ibadah menangis kerana:
1. tidak dapat bangun malam
2. tidak dapat puasa sunat

- Sifat hamba = dirinya pun tidak memiliki

- Bagaimana hidup dengan sehari sebiji kurma dan air? Nilai sebiji kurma dapat rasa apabila sebiji kurma itu dah tiada.

- Minyak untuk nyalakan pelita pun tak ada.

- Kenapa nabi buat semua ini? Kerana umatnya. Supaya jangan umatku sibuk dengan dunia. Sibuk nak penuhkan perut yang hanya sejengkal. Jangan korbankan akhirat untk dunia. Kesusahan dunia ini hanya kecil dan sementara. Masalah/ bahaya/ penderitaan sebenar adalah akhirat. Semata-mata ingin melihat umat ini berjaya. Selesaikan akhirat dulu.

- Sahabat buat semua perkara untuk agama, korban habis-habisan, masih risau tentang akhirat. Kita tak buat apa-apa masih tenang?

- Walaupun dengan apa sahaja cara dengan nyawa melayang pun kita akan buat.

- Jangan rosakkan kehidupan akhirat. Bahaya.

- Nabi nak kaya memang sudah kaya, melalui bisnes memang sudah termaktub dalam sejarah.

Walaupun ditawarkan gunung2 menjadi emas yg ikut nabi ke mana sahaja. Nabi tolak.

- Tapi knapa nabi tunjukkan kehidupan seperti ini?

Jawapan yg saya dapat dari jor yg lepas di sp.

1. Nabi nak tunjuk pada ummat, dunia ni tiada nilai tak lebih dari sebelah kepak nyamuk.

2. dunia sementara sahaja. tak ada apa2 kalau nak dinisbahkan kepada akhirat.

3. Nabi zuhud. Walau dunia ada ditangan, tapi tidak di hati.

4. Segala yg nabi ada diinfak di jalan Allah. Tak tinggal sikit pun.

5. Walau miskin macam mana pun umat ini, pun masih mampu buat usaha agama. Kehidupan paling minimum keperluan manusia bukan penghalang buat usaha agama. Kita ada macam2 tapi susah nak keluar.

6. Nabi nak tunjuk pada umat ini, jangan kita mengalami kerugian atau kerosakan atau kecacatan akhirat kerana dunia, kerana kejar dunia.

7. dunia ni mata''. hinanya dunia ni. tapi itulah yg kita dok kejar.
..................................................

DOA

- Terimalah kami dalam kerja agama. Ambil usaha daripada kami seperti Allah terima sahabat.

- Faham dan dapat taufik untuk amal.

- Kurniakan fikir risau gelisah nabi

-Taufik untuk bersyukur atas piluhan Allah.

No comments:

Post a Comment